Sumber: Facebook
Pempengaruh media sosial, Mekyun, tampil mengecam pandangan yang menganggap tugas perempuan hanya mengemas rumah dan ‘mengangkang’ untuk suami.
Advertisement
Menerusi hantaran di Threads, beliau menyifatkan pemikiran itu sebagai menjijikkan dan masih wujud dalam kalangan lelaki pada hari ini.
“Perempuan tugasnya kemas rumah dan kangkang je? Eww, wujud lagi eh lelaki macam ni?” tegasnya dalam hantaran tersebut.
Menurutnya, mentaliti sebegitu menjadi punca utama semakin ramai wanita hilang rasa hormat terhadap lelaki.
“Lelaki dengan mentaliti macam ni lah punca ramai perempuan hilang respect dekat lelaki,” katanya.
Mekyun turut mengingatkan bahawa wanita tidak wajar dilihat sebagai beban atau objek untuk dipergunakan.
@mekyunnnn “Perempuan tugasnya kemas rumah dan kangkang je" EWW wujud lagi eh lelaki macam ni? 🤮
♬ original sound - Mekyun
“Perempuan bukan pengemas rumah dan kerja kangkang je. Perempuan bukan objek. Perempuan bukan hamba,” jelasnya.
Mekyun menyifatkan lelaki yang merendahkan wanita sebagai individu yang tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
“Lelaki yang fikir macam tu bukan alpha, bukan pemimpin. Itu definisi lelaki yang insecure dan takut wanita lebih hebat dari ego dia sendiri,” katanya lagi.
Isu ini tercetus selepas pempengaruh kontroversi, DMA Islam mendakwa bahawa wanita hanya perlu mengurus rumah, memberi layanan kepada suami dan patuh segala arahannya.
Dia juga mendakwa lelaki yang membantu isterinya melakukan kerja rumah dianggap menyalahi sifat kelelakian.
Kenyataan tersebut mengundang kecaman ramai, termasuk Mekyun, yang meminta masyarakat berhenti menormalisasi pandangan sempit terhadap wanita.
“Stop normalize mindset dan idea yang merendahkan kaum wanita,” katanya.
Sumber: Threads