Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dipersoal Tidak Gunakan Bahasa Mandarin, Mek Yun Bidas Komen Netizen - “Bahasa Melayu Adalah Bahasa Kebangsaan, Tidak Seharusnya Dijadikan Isu...”

dipersoal tidak gunakan bahasa mandarin, mek yun bidas komen netizen - “bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan, tidak seharusnya menjadi isu...”Foto: Instagram

Personaliti media sosial, Mek Yun, baru-baru ini tampil memberi respon tegas terhadap kritikan seorang netizen yang mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu olehnya.

Advertisement

Netizen itu dikatakan menulis sindiran mengenai penggunaan bahasa Mekyun, menyatakan bahawa sebagai orang Cina, penguasaan Bahasa Melayu dianggap ‘tidak berguna’.

“Walaupun saya berketurunan Cina, itu tidak bermakna saya hanya perlu bercakap Mandarin. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan penting untuk menghormati budaya serta identiti negara,” jawabnya membalas kritikan itu.

Mekyun bagaimanapun menjelaskan bahawa keluarganya berbangsa Hokkien dan bahasa ibunya adalah Hokkien, bukan Mandarin. Namun sejak kecil, beliau bersekolah di sekolah kebangsaan dan terbiasa bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Menurut Mek Yun, penguasaan bahasa kebangsaan bukan sahaja memudahkan komunikasi, tetapi juga memperkukuh perpaduan masyarakat.

Mek Yun menekankan bahawa sebagai rakyat Malaysia, setiap individu berhak menggunakan Bahasa Melayu tanpa disasarkan kerana keturunan atau latar belakang etnik.

 

@mekyunnnn

Korang setuju tak dengan apa yang Mekyun cakap? Haih… STOP lah dengan mentaliti macam ni sebab mentaliti macam ni lah yang sebenarnya wujudkan jurang antara kita, sedangkan Bahasa Melayu sepatutnya menyatukan kita semua.

♬ original sound - Mekyun

 

“Penguasaan Bahasa Melayu adalah kemahiran penting dan tidak seharusnya dipersoalkan hanya kerana prasangka mengenai etnik saya,” tegasnya.

Selain itu, Mekyun turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati dalam memberi komen di media sosial.

“Kata-kata boleh menjejaskan perasaan orang lain. Hormatilah identiti dan budaya mereka,” ujarnya, menekankan tanggungjawab sosial ketika berinteraksi di platform digital.

Mek Yun menunjukkan sikap matang dan profesional dalam menangani kritikan. Dia bukan sahaja mempertahankan haknya untuk menggunakan Bahasa Melayu, tetapi juga menekankan kepentingan menghormati kepelbagaian budaya dan bahasa dalam membina perpaduan masyarakat Malaysia.

Sumber : TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik