Mechamato berjaya melakar sejarah apabila memenangi kategori di anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF).

Filem animasi terbitan Astro itu menewaskan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Advertisement
Malah, Mechamato telah peroleh sebanyak 40,590 undian daripada jumlah 183,364 undian keseluruhan untuk TAAF2023.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak, pihaknya menzahirkan penghargaan buat peminat animasi tersebut dan terharu dengan kejayaan Mechamato.
“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival!,” katanya di Twitter.
Tambahnya, beliau meluahkan ucapan terima kasih untuk pengundi yang telah mengundi dan menyokong filem ini sehingga melakar sejarah sebagai filem animasi pertama luar Jepun.
Sumber: Awani