Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tentera Israel Campak Mayat Penduduk Palestin Dari Atap Rumah

Lands-P-1.png

Mayat penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis dalam serangan di Qabatiya, dekat bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis, telah dicampak dari atap sebuah rumah.

Advertisement

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut, kemudian naik ke atap dan menembak tiga pemuda Palestin yang berlindung dari serangan mereka.

Mayat-mayat itu kemudian diangkut menggunakan sebuah jentolak manakala rumah itu kini dirobohkan oleh Israel.

Sementara itu, empat rumah lain di kawasan yang sama masih dikepung.

Dalam insiden itu, 10 penduduk dilaporkan cedera dan insiden ini turut menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang yang lain cedera, termasuk seorang kanak-kanak.

 

Sumber: Astro Awani

SINAR Muzik Retro Terbaik