Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Manusia Berisiko Terkena Penularan Selsema Burung

Baru-baru ini, selesema burung dilaporkan semakin menular menjangkiti mamalia dan ia boleh menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia.

manusia berisiko terkena penularan selsema burung

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memberi amaran kepada masyarakat global terhadap penularan berterusan itu.

Advertisement

"Wabak semasa influenza atau selesema burung telah menyebabkan kemusnahan dalam populasi haiwan, termasuk ayam itik, burung liar dan beberapa mamalia, selain menjejaskan mata pencarian petani dan perdagangan makanan.

"Walaupun sebahagian besarnya menjejaskan haiwan, namun penularan wabak itu turut mendatangkan risiko ke atas manusia," katanya.

Menurut Pengarah Kesiapsiagaan dan Pencegahan Epidemik dan Pandemik WHO, Sylvie Briand, beliau memaklumkan orang ramai perlu terus berwaspada dan mengenal pasti sebarang evolusi dalam virus yang boleh menjadikannya berbahaya kepada manusia.

Tambahnya, walaupun virus itu tidak dapat menular daripada seseorang kepada orang lain dengan mudah, ia masih berisiko tinggi menjangkiti manusia.

Semua negara digesa supaya meningkatkan pengawasan ke atas penyakit itu dengan melaporkan kes secepat mungkin kepada WHO.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik