Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Paling ‘Berisi’ Di Asia Tenggara, No.1 Dalam Carta Kegemukan!

malaysia paling ‘berisi’ di asia tenggara, no.1 dalam carta kegemukan!

Satu grafik yang kini tular di media sosial mendedahkan realiti mengejutkan tentang kadar obesiti di Asia Tenggara dan Malaysia berada di kedudukan teratas dengan jurang yang agak jauh berbanding negara jiran.

Advertisement

Menurut infografik tersebut, sebanyak 44.2% rakyat Malaysia dewasa dikategorikan sebagai berlebihan berat badan (BMI lebih 25). Angka ini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding beberapa negara lain di rantau ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen, daripada terkejut hingga ke risau.

Negara seperti Thailand (32.2%), Singapura (30.2%) dan Filipina (26.5%) turut mencatat angka tinggi, namun masih belum mampu ‘mengejar’ Malaysia. Sementara itu, Vietnam (10.2%), Kemboja (12.1%) dan Laos (13.3%) berada pada kadar yang jauh lebih rendah.

Ramai pemerhati mengaitkan kedudukan ini dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia yang banyak makanan tinggi kalori, minuman manis, budaya makan lewat malam serta kurang aktiviti fizikal.

malaysia paling ‘berisi’ di asia tenggara, no.1 dalam carta kegemukan!

Foto Hiasan

Lebih menarik, ada yang berseloroh di ruangan komen:

“Patutlah kedai makan 24 jam sentiasa penuh…”

Namun di sebalik gurauan, pakar kesihatan sebenarnya telah lama memberi amaran tentang risiko obesiti termasuk diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Apa yang benar-benar mengejutkan ialah jurang besar antara Malaysia dan negara serantau lain. Dengan kadar melebihi 40%, ia menunjukkan isu ini bukan lagi masalah individu tetapi cabaran kesihatan awam yang serius.

Persoalannya sekarang:

Adakah rakyat Malaysia semakin sedar tentang kepentingan gaya hidup sihat, atau angka ini akan terus meningkat?

SINAR Muzik Retro Terbaik