Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Bakal Wajibkan eKYC Untuk Akaun Media Sosial

malaysia bakal wajibkan ekyc untuk akaun media sosialFoto: Facebook

Kerajaan bakal mewajibkan sistem pengesahan identiti elektronik atau eKYC bagi semua akaun media sosial bagi membendung akaun palsu, penyamaran dan penipuan dalam talian.

Advertisement

Langkah ini juga bertujuan menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada membuka akaun palsu, selain memastikan pengguna di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan X menggunakan identiti sebenar.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pelaksanaan eKYC akan digerakkan seiring dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Atas Talian yang dijangka bermula hujung tahun ini atau awal 2026.

Antara kaedah eKYC termasuk menggunakan MyKad, MyDigital ID atau passport untuk pengesahan akaun.

Langkah ini dijangka dapat mengurangkan penipuan siber, memudahkan pengesanan jenayah dan melindungi pengguna. Namun kerajaan perlu memastikan data peribadi kekal selamat.

Walaupun belum disahkan sepenuhnya, laporan menunjukkan Facebook menjadi antara platform utama penipuan digital di Malaysia, dengan sebahagian besar kes melibatkan akaun palsu dan iklan scam.

Kajian juga menunjukkan Facebook dan platform seumpamanya menjadi antara saluran utama aktiviti penipuan digital di Malaysia.

Walaupun ada dakwaan mengatakan hampir 78% kandungan scam datang dari Facebook, angka itu belum dapat disahkan secara rasmi namun data daripada Kementerian Komunikasi menunjukkan bahawa majoriti kes penipuan e-dagang dan iklan palsu memang berpunca daripada platform Meta.

Sumber: X

SINAR Muzik Retro Terbaik