Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Juara Lato-Lato, Adik Ni Menang Seekor Kambing

juara lato-lato, adik ni menang seekor kambing

Hadiah utama seekor kambing menjadi milik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun apabila menjadi juara pertandingan lato-lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Advertisement

Chesta Khadafi menewaskan ratusan peserta lain selepas bermain lato-lato tanpa henti selama 2 jam 7 minit di pentas final.

Pertandingan tersebut diadakan di Desa Siwalanpanji dan disertai 300 peserta berumur enam hingga 16 tahun.

Di setiap peringkat peserta di minta bermain lato-lato secara duduk, berjalan secara mundur dan mencangkung.

Chesta memberitahu dia melakukan persiapan dan latihan selama seminggu namun tidak meletakkan sasaran juara.

"Memang meletihkan tapi berbaloi. Kambing ini saya hadiahkan kepada kedua orang tua," katanya.

Lato-lato atau Klakers adalah permainan klasik yang popular di Amerika Syarikat (AS) sekitar 70-an kembali popular di Indonesia sejak Disember lalu.

Lebih daripada 10 wilayah di Indonesia telah mengharamkan lato-lato di kawasan sekolah.

Sumber : Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik