Penyanyi, Madonna telah disaman oleh dua peminatnya, kerana tidak menepati masa ketika memulakan konsert Celebration Tour di Barclays Center, Brooklyn.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Madonna telah dituduh sebagai menyebarkan pengiklanan palsu (false advertising) kerana memulakan konsert yang berlangsung pada 13 Disember lalu itu, lewat dua jam.
Advertisement
Malah, kedua-dua plaintif yang memfailkan saman terhadapnya mendakwa, konsert itu dimulakan pada jam 10.30 malam tidak tepati masa yang sepatutnya bermula pada 8.30 malam seperti yang dipaparkan.
Tidak hanya itu, kedua-dua plaintif juga mendakwa, kesalahan sama turut berulang pada 14 dan 16 Disember.
Antara perkara yang disebut di dalam saman yang difailkan itu adalah, tindakan sewenang-wenangnya dilakukan dalam pengiklanan palsu, kecuaian dalam salah tafsir, dan amalan perdagangan yang tidak adil.
Tambahnya, aduan itu menyatakan bahawa kedua peminat itu tidak akan membayar untuk tiket jika mereka mengetahui tentang waktu mula dan ramai pemegang tiket yang menghadiri konsert pada malam hari bekerja terpaksa bangun awal untuk pergi bekerja dan/atau menjaga tanggungjawab keluarga pada hari berikutnya.
Sumber: Harian Metro