Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Bukan Sekadar Gaun, Ms. Rachel ‘Menyarung’ Kisah Anak Gaza ke Karpet Merah

[video] bukan sekadar gaun, ms. rachel ‘menyarung’ kisah anak gaza ke karpet merah

Rachel Accurso atau lebih dikenali seluruh dunia sebagai Ms. Rachel, ikon pendidikan awal kanak-kanak di YouTube sekali lagi menyentuh hati ramai apabila tampil dengan cara yang luar biasa di acara Glamour Women of the Year 2025 yang berlangsung di Plaza, New York City pada 4 November lalu.

Advertisement

Dalam majlis yang menghimpunkan wanita berpengaruh dari seluruh dunia itu, Ms. Rachel mengenakan gaun unik yang membawa mesej kemanusiaan mendalam kerana ia bukan sekadar busana, tetapi simbol kasih, harapan dan solidariti buat anak-anak Gaza.

 

 

Menurut laporan eksklusif daripada Glamour, sebelum acara tersebut, Ms. Rachel telah meminta kanak-kanak dari Gaza menghasilkan lukisan yang menceritakan kisah mereka sendiri tentang kehidupan, kehilangan dan impian mereka di tengah konflik yang berlarutan. Lukisan-lukisan itu kemudiannya disulam pada gaun terpakai (upcycled) yang dibelinya khas untuk majlis berprestij itu.

Setiap helaian benang pada gaun tersebut menyimpan cerita dan Ms. Rachel mengakui bahawa dia mengetahui maksud di sebalik setiap karya seni kecil itu.

[video] bukan sekadar gaun, ms. rachel ‘menyarung’ kisah anak gaza ke karpet merah

“Saya memikirkan tentang semua anak kecil di sana dan apa yang boleh kita lakukan untuk mereka,” katanya ketika ditemu bual di karpet merah oleh Brooks dan Grace Ann Nader.

Tambahnya lagi,

“Saya membawa kisah mereka di dalam hati saya. Mereka semua tahu tentang gaun ini dan mereka sangat teruja.”

Langkah berani dan penuh kasih ini menunjukkan bagaimana Ms. Rachel menggunakan platform dan pengaruhnya untuk menyuarakan keperluan mereka yang sering dilupakan iaitu kanak-kanak di kawasan konflik.

Gaun yang digayakan Ms. Rachel bukan sekadar fesyen, tetapi satu manifestasi cinta dan empati, mengingatkan dunia bahawa di sebalik statistik dan berita sedih, ada hati-hati kecil yang masih bermimpi dan berharap.

Sumber: Glamour

SINAR Muzik Retro Terbaik