Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Luar Biasa! Dalam Masa 5 Hari, Aplikasi Threads Capai 100 Juta Pengguna

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seluruh dunia apabila aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram telah menerima lebih 100 juta pengguna dalam masa kurang lima hari.

luar biasa! dalam masa 5 hari, aplikasi threads capai 100 juta pengguna

Malah, aplikasi tersebut dibina sebagai saingan kepada Twitter dan kebanyakan pengguna memuji Threads kerana mudah untuk digunakan.

Advertisement

Menariknya, Instagram sendiri mengambil masa dua setengah tahun untuk mencecah 100 juta pengguna selepas pelancarannya pada 2010.

Threads boleh dimuat turun di gedung aplikasi Apple dan Android di 100 negara lewat Rabu lalu.  

Namun, ia masih tidak dapat dimuat turun di Eropah kerana syarikat induk Threads, Meta belum pasti tentang peraturan privasi data Kesatuan Eropah.

Threads lebih mudah mencari pengguna kerana ia dihubungkan kepada Instagram yang memiliki lebih satu bilion pengguna aktif.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik