Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemandu Terkejut Lori Hempap Dua Kereta, Keluar Simpang ‘Last Minute

Dua kenderaan lain dirempuh sebuah lori akibat kereta keluar simpang secara mengejut dalam kejadian di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Puchong semalam.

pemandu terkejut lori hempap dua kereta, keluar simpang ‘last minute

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.

Advertisement

Siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

“Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kesemua mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori serta kereta tersebut masing-masing tidak mengalami kecederaan dalam kejadian.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik