Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berkat Pujukan ‘Abang Long’, Linda Rafar Tangguh Hasrat Tinggalkan Elite

berkat pujukan ‘abang long’, linda rafar tangguh hasrat tinggalkan eliteFoto: Instagram

Hasrat awal Linda Rafar untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Elite akhirnya tidak diteruskan selepas penyanyi itu menerima nasihat dan sokongan daripada abang sulungnya serta rakan-rakan seangkatannya dalam kumpulan tersebut.

Advertisement

Sebelum ini, Linda mencetuskan perhatian ramai apabila memaklumkan bahawa dia mempertimbangkan untuk keluar dari Elite berikutan tekanan emosi dan kecaman netizen.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat ketika dirinya berada dalam keadaan tidak stabil, sehingga menyebabkan dia bertindak mengikut perasaan.

Linda bagaimanapun menjelaskan bahawa selepas berbincang dengan abang long dan ahli Elite lain, mereka meminta dia mempertimbangkan semula keputusan tersebut memandangkan komitmen kumpulan masih banyak dan perjalanan mereka sebagai kumpulan belum selesai. Hal itu membuatkan Linda memilih untuk kekal bersama Elite buat masa ini.

Dalam pada itu, Linda mengakui dia terkesan dengan kritikan yang menyentuh soal usia dan penampilannya, namun berkata kini dia lebih tenang selepas mendapat sokongan keluarga.

Dia turut memohon maaf kepada peminat atas kekeliruan yang timbul dan berharap agar semua memahami situasi emosinya ketika itu.

Menurut Linda, fokusnya kini adalah untuk menunaikan komitmen sedia ada bersama Elite serta terus memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan dan projek yang dirancang.

Sumber: Kosmo

SINAR Muzik Retro Terbaik