Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lima Penumpang Disahkan Maut, Kapal Selam Meletup Berdekatan Titanic

Berita menyayat hati apabila lima penumpang yang menyertai ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic menggunakan kapal selam kecil yang hilang di dasar Laut Atlantik pada Ahad lalu ditemukan dan telah disahkan meninggal dunia.

lima penumpang disahkan maut, kapal selam meletup berdekatan titanic

Menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), beliau memaklumkan kapal selam Titan dipercayai meletup berdekatan Titanic. 

Advertisement

Tambahnya, kesemua mangsa dipercayai mati serta-merta akibat impak letupan ketika kejadian berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan akhirnya telah selesai apabila menemui jawapan disebalik kes tersebut.

Kenderaan kawalan jauh (ROV) yang dibawa turun dari sebuah kapal ke dasar laut menemukan sejumlah serpihan bangkai Titan kira-kira 488 meter (m) dari bawah permukaan di kawasan terpencil di Atlantik utara.

Beliau jelaskan terdapat serpihan kapal selam tersebut meletup, sekali gus mengorbankan kesemua penumpangnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik