Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lesen Jurulatih Dibatalkan, Jurulatih Bola Tampar Terlibat Insiden Terima Keputusan

Keputusan bagi kes jurulatih bola tampar yang terlibat dalam insiden menampar dua pemain semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor akhirnya dikeluarkan.

Malah, jurulatih tersebut dibatalkan lesen jurulatihnya susulan daripada insiden tersebut.

Advertisement

lesen jurulatih dibatalkan, jurulatih bola tampar terlibat insiden terima keputusan

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membuat keputusan tersebut melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin persatuan berkenaan.

Tambahnya, jurulatihnya yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk jurulatih untuk murid sekolah.

Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) telah ditarik semula oleh MAVA.

“Majlis Sukan Negara dan MAVA kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan daripada menjadi seorang jurulatih.

“Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya.

KBS telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan diperoleh sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun.

Keputusan ini sebagai satu langkah untuk memastikan jurulatih sukan di negara Malaysia sentiasa dipantau perkembangan serta keaktifan karier kejurulatihan mereka.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik