Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut menemui haiwan tersebut di tepi lebuhraya dalam keadaan tidak bernyawa dan dihurung lalat.

Sedih dan sayu apabila melihat seekor harimau dahan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Trong menghala ke Beruas semalam.
Advertisement
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, pihaknya memaklumkan dia telah mengambil bangkai harimau dahan di lokasi tersebut pada petang semalam.
“Bangkai itu telah busuk dan kita percaya harimau dahan tersebut telah dilanggar kenderaan dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkainya.
“Jantinanya jantan dan dianggarkan berusia 5 tahun dengan berat 20 kilogram,” katanya.
Terdahulu, tular video di media sosial berkenaan penemuan haiwan tersebut di tepi lebuh raya berkenaan oleh seorang lelaki.
Bangkai harimau dahan berkenaan ditemui dalam keadaannya yang telah membusuk serta dihurung oleh lalat.
Sumber: Kosmo Online