Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[Video] Berang Ditegur Jurutol, Lelaki Mengamuk di Plaza Tol Positif Dadah

 

Gara-gara tidak berpuas hati selepas ditegur jurutol, seorang pemandu mengamuk dalam kejadian di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9, Cheras pada Ahad lalu.

Advertisement

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan kamera papan pemuka (dashcam) yang ditularkan di Facebook.

Menerusi video yang tular, kelihatan suspek yang merupakan seorang mekanik keluar dari kenderaannya dan terus ke kaunter tol dan memarahi serta menendang dinding kaunter tol. Menurut mangsa yang merupakan jurutol, suspek tidak berpuas hati setelah ditegur mengetuk tempat kad Touch n’ Go dengan kuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof,pihak polis berjaya mengesan mangsa dan suspek ditahan di taman perumahan Hulu Langat pukul 7 malam semalam. Hasil pemeriksaan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine, selain turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

Sumber : Kosmo 

SINAR Muzik Retro Terbaik