Foto: Tangkap layar TikTok
Kasih seorang ibu memang tiada tolak bandingnya. Bagi setiap anak, ibu adalah insan pertama yang menyambut kehadiran mereka ke dunia, yang memeluk dalam tangis dan tawa, serta yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak walau dalam senyap dan diam.
Advertisement
Kehilangan ibu bukan sahaja meninggalkan ‘ruang kosong’ dalam rumah, tetapi juga dalam jiwa anak, seolah hilang sebahagian daripada diri yang paling dalam.
Perasaan itu dapat dirasai menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki menziarahi pusara ibunya.
Dalam rakaman itu, dia duduk di sisi kubur dengan wajah tenang, sesekali tersenyum dan menitikkan air mata. Apa yang menarik perhatian ramai ialah cara lelaki itu ‘berbual’ dengan ibunya menggunakan bahasa isyarat, seakan sedang menyampaikan rindu yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan individu pekak dan bisu sejak kecil. Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @zuyaa.38 dan pantas mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.
Gelagatnya menziarahi pusara ibunya tanpa sebarang kata yang diucapkan, tetapi hanya melalui gerakan tangan, berjaya menyentuh hati penonton yang menonton rakaman itu.
Di ruangan komen, netizen berkongsi tafsiran mereka terhadap bahasa isyarat yang digunakan.
Antara yang dikongsikan berbunyi,
@zuyaa.38 waktu ziarah bersama ga sengaja liat anak cowo itu ngobrol sama almarhum ortunya disitu ga cuma ak aja yg liat orang lain yg liat pun ikut terharu sedih liatnya🥺 #fyp #rindu #ortu #sad ♬ suara asli - qrielleyes - bluebrokenthumbs
“Saya sudah boleh cuci pinggan, cuci baju, jemur baju. Kamu tak perlu lagi cuci baju untuk saya. Walaupun kamu sudah di atas sana, saya sentiasa mendoakanmu. Saya tak kesepian, kamu tenang saja.”
Luahan ini menggambarkan kasih dan perhatian seorang anak yang tidak pernah pudar walaupun ibu telah tiada.
Rakaman itu bukan sekadar momen ziarah biasa, tetapi simbolik kepada hubungan abadi antara ibu dan anak.
Ia menunjukkan bahawa kasih ibu dan rindu seorang anak tidak terikat dengan ruang dan masa. Bagi lelaki ini, walaupun dirinya berdepan cabaran untuk berkomunikasi secara lisan, kasih sayangnya terhadap ibu tetap utuh dan terserlah dengan cara tersendiri.
Tindakan lelaki ini turut mengingatkan kita bahawa ziarah pusara bukan sekadar apa yang dituntut di dalam Islam, tetapi medium untuk menyampaikan rasa rindu, berdoa, dan mengekalkan ikatan emosi dengan insan tersayang yang telah pergi.
Ia memberi pengajaran bahawa walau seseorang itu mungkin mempunyai kekurangan fizikal atau komunikasi, cinta seorang anak terhadap ibu tetap mampu disampaikan dengan penuh rasa dan ikhlas.
Sumber: TikTok @zuyaa.38