Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Video Viral Dari Sumatera, Lelaki Kelaparan Terpaksa Hidup Dengan Isi Peti Sejuk Yang Hanyut!

[video] video viral dari sumatera, lelaki kelaparan terpaksa hidup dengan isi peti sejuk yang hanyut!

Foto: X (@WeatherMonitors)

Advertisement

Dalam kekalutan bencana dahsyat yang melanda Sumatera, muncul sebuah video yang meruntun jiwa ramai. Ia memaparkan seorang lelaki yang sudah lapan jam tanpa henti meredah arus banjir demi menyelamatkan ahli keluarganya dan penduduk kampung Bang Bram kawasan yang kini hampir lumpuh sepenuhnya akibat kemusnahan.

Lelaki itu, letih dan kebuluran selepas berjam-jam berjuang melawan air deras, akhirnya menemui sebuah peti sejuk hanyut. Dalam keadaan terdesak, dia membuka peti itu dan makan apa sahaja yang masih boleh ditelan semata-mata untuk kekal hidup agar dapat terus membantu orang lain.

 

 

Menurut laporan terkini, angka korban semakin meningkat hari demi hari. Ramai juga yang masih belum ditemui. Setiap angka bukan sekadar statistic, itu adalah keluarga, anak-anak kecil, ibu bapa dan insan-insan yang sebelum ini menjalani kehidupan normal tetapi kini lenyap dalam kekacauan banjir.

Kawasan terjejas digambarkan sebagai hampir tidak dapat dikenali lagi. Rumah hilang, jalan putus dan puluhan kampung tenggelam seolah-olah ditelan bumi. Bagi mangsa yang terselamat, mereka bukan hanya berjuang untuk hidup, tetapi juga menghadapi trauma melihat kemusnahan di depan mata.

Kisah lelaki dalam video itu menjadi simbol kekuatan rakyat Sumatera walaupun kelaparan, keletihan dan hampir menyerah, mereka tetap saling membantu. Dalam arus yang memisahkan keluarga dan meragut nyawa, masih ada tangan-tangan yang tidak berhenti menghulur pertolongan.

Semoga mangsa yang terkorban ditempatkan dalam rahmat Allah, mangsa hilang segera ditemui dan seluruh masyarakat diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Sumber: X (@WeatherMonitors)

 

SINAR Muzik Retro Terbaik