Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Palestin Guna Kotak Untuk Nyala Api, Jamah Roti

Seorang lelaki warga Palestin terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk menyalakan api untuk bakar roti.

lelaki palestin guna kotak untuk nyala api, jamah roti

Menurut perkongsian video tular di laman X @byzulfadhlizin, lelaki itu tetap bersyukur dan tersenyum dapat menjamah sekeping roti buat mengalas perut.

Advertisement

Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap video itu dan menyifatkan rakyat Palestin mempunyai mental yang sangat kuat dan masih boleh tersenyum walaupun tempat tinggal mereka telah dibom bertalu-talu.

“Disebabkan kami tidak mempunyai gas untuk memasak, kami telah mengumpul cebisan kotak untuk menyalakan api menggunakan dapur yang dibuat sendiri.

“Dengan api tersebut, kami akan gunakan saki-baki tepung yang tinggal untuk membuat roti.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hari ini kami boleh makan,” kata lelaki Palestin tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik