Seorang lelaki ditahan pihak polis akibat menampar muka seorang wanita menggunakan sekeping piza ketika bergaduh.
Anggota polis bergegas ke lokasi apabila menerima panggilan kecemasan mengenai dakwaan keganasan rumah tangga.
Advertisement

Kejadian yang berlaku di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ini melibatkan suspek yang bernama Ortelio Lazaro Alfons mendakwa dirinya bertengkar dengan seorang wanita.
Mangsa memberitahu bahawa dia ditampar di pipi kanannya menggunakan sekeping piza semasa bertengkar selepas Alfonso menjadi marah apabila mangsa mendisiplinkan individu lain dalam rumah tersebut.
Bukti ditemui apabila sos piza ditemui pada bahagian hadapan, kolar dan belakang baju mangsa serta di rambut dan telinganya.
Mangsa membiarkan polis memeriksa kediaman tersebut di mana mereka menemui sos piza pada dinding dan siling dapur.
Selepas siasatan awal, polis bertindak menahan Alfonso dan dia mengaku bertengkar dengan mangsa.
Namun, lelaki itu mendakwa dia hanya melempar kepingan piza itu dan terkena muka mangsa.
Sumber: Kosmo Online