Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hina Islam Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah, Lelaki Terima Hukuman Penjara

Juruteknik aplikasi sosial yang didakwa akibat menghina agama Islam mengenai isu stoking tertulis kalimah Allah telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000.

hina islam mengenai isu stoking kalimah allah, lelaki terima hukuman penjara

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Advertisement

Dia mendakwa hanya menjadi 'keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.

Menurut rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik