Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Bangladesh ‘Confident’ Menari Tepi Jalan - “Mentang-Mentang Tak Ramai Orang”

Dua warga asing dipercayai dari Bangladesh melakukan gelagat spontan menari di tepi jalan telah mencuit hati pengguna media sosial.

lelaki bangladesh ‘confident’ menari tepi jalan - “mentang-mentang tak ramai orang”

Mereka membuat video menari tersebut seakan membuat rakaman muzik video ala filem Tamil.

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok @farhanfared__, video tersebut jelas kelihatan seorang rakan lelaki warga Bangladesh yang sedang membantu merakam aksi rakannya seakan juruvideo profesional.

Malah, aksi dan gaya lelaki berkenaan menari mengikut rentak lagu telah menarik perhatian orang ramai dan terpegun dengan keyakinan yang ditunjukkan.

Pelbagai reaksi warganet terhadap video tersebut dan aksi lucu itu membuatkan ramai terhibur.

“Hari itu ada nampak juga dekat Shah Alam. Saya dengan suami gelak sahaja atas motor. Melompat sambil berjoget, nak rakam tapi tak bawa telefon pula,” komen seorang warganet.

“Seronoknya dia, baguslah cari kebahagiaan dengan cara tersendiri,” tulis seorang warganet.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik