Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Cari Lelaki Amuk Menggunakan Kayu Di EDL

polis cari lelaki amuk menggunakan kayu di edlJOHOR BAHRU: Polis sedang membuka kertas siasatan berhubung satu insiden pertengkaran yang berlaku di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) menghala ke Bangunan CIQ, setelah video kejadian tersebut tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan dijalankan selepas video memaparkan seorang lelaki sedang bertengkar dengan seorang individu lain, sebelum bertindak mengacah mahu memukulnya menggunakan sebarang kayu. Video tersebut berdurasi 27 saat.

Advertisement

“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.

“Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video tersebut turut menunjukkan bahawa kejadian berlaku ketika kesesakan lalu lintas, namun punca sebenar tidak diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

 

 

 

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik