Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lebih 1.5 Juta Jemaah Haji Seluruh Dunia Sudah Tiba Di Arab Saudi

Sejak permulaan musim haji, lebih 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia telah berada di Arab Saudi.

lebih 1.5 juta jemaah haji seluruh dunia sudah tiba di arab saudi

Daripada 1,499,472 jemaah itu, seramai 1,435,014 jemaah tiba melalui udara sementara 59,744 jemaah melalui darat dan 4,714 orang melalui laut.

Advertisement

Menurut Kerajaan Arab Saudi, pihaknya memaklumkan 230,170 jemaah daripada jumlah keseluruhan itu pula mendapat manfaat daripada inisiatif Mekah Route.

Kos mengerjakan Rukun Islam kelima bagi jemaah haji dari luar negara telah berkurang sebanyak 39 peratus, kata Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah.

Tambahnya, jumlah jemaah yang mengerjakan haji tahun ini kembali kepada tahap sebelum pandemik.

Haji yang merupakan ibadah tahunan umat Islam akan bermula pada 26 Jun ini.

Sumber: Astro AWANI
 

SINAR Muzik Retro Terbaik