Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Tak Tahu! Tabiat 1 Minit Ini Boleh Buat Otak Anda Jadi Lebih Bijak & Tajam Dalam Diam!

ramai tak tahu! tabiat 1 minit ini boleh buat otak anda jadi lebih bijak & tajam dalam diam!

Foto Hiasan

Advertisement

Betul ke berus gigi dengan tangan bukan dominan boleh jadi trik kecil yang boleh ubah otak anda?

Nampak macam pelik, tetapi sains kata satu tabiat kecil setiap pagi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan otak kita iaitu memberus gigi dengan tangan bukan dominan. Ya, kalau anda selalu guna tangan kanan, cuba guna tangan kiri. Kalau kiri, guna tangan kanan.

Kenapa benda kecil macam ni boleh bagi impak?

Ia Merangsang Neuroplastisiti

Neuroplastisiti adalah keupayaan otak untuk berubah, berkembang dan membina semula sambungan baharu. Bila kita buat sesuatu di luar kebiasaan, otak terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan diri dan ini mengaktifkan bahagian otak yang jarang digunakan.

ramai tak tahu! tabiat 1 minit ini boleh buat otak anda jadi lebih bijak & tajam dalam diam!

Foto Hiasan

Ia Mewujudkan Sambungan Neural Baharu

Aktiviti yang mencabar rutin harian memaksa otak mencipta jalan baharu dalam sistem saraf kita. Semakin banyak sambungan neural, semakin kuat dan tangkas otak kita berfungsi.

Ia Meningkatkan Fleksibiliti Kognitif

Fleksibiliti kognitif bermaksud keupayaan otak untuk menukar fokus, menyelesaikan masalah dan berfikir dengan lebih kreatif. Bila kita ubah tabiat kecil seperti berus gigi, kita sebenarnya melatih otak untuk jadi lebih fleksibel dan kurang malas.

Jadi persoalannya kenapa kita patut cuba? Sebab ia mudah, cepat dan tak perlukan modal. Satu minit setiap pagi boleh jadi senaman mental yang membantu menjaga ketajaman otak dalam jangka panjang.

Kita selalu fokus pada kecergasan fizikal, tetapi jarang sedar yang otak juga perlukan senaman. Dan kadang-kadang, senaman itu tidaklah rumit, cuma tukar tangan sewaktu memberus gigi.

Tabiat kecil kadang-kadang membawa perubahan besar. Dengan hanya menukar tangan semasa berus gigi, anda mungkin sedang melatih otak anda untuk menjadi lebih kuat, lebih kreatif dan lebih fleksibel.

Mulakan esok pagi. Cuba selama tujuh hari berturut-turut dan lihat sendiri perbezaannya!

SINAR Muzik Retro Terbaik