Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lapan Perjalanan Feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi Batal Akibat Ombak Kuat

Lands-P-15.png

Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.

Advertisement

Menurut Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom lima feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat membabitkan 2,013 penumpang.

Tambah beliau, perjalanan feri yang dibatalkan ini tidak dapat dilencongkan ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis kerana berlaku kesesakan di sana.

"Kami telah berhubung dengan pihak di Kuala Perlis, dan mendapati terminal sudah tidak dapat menampung jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak. Jadi, penumpang di Langkawi yang hendak ke Kuala Kedah dan sebaliknya terpaksa menunggu esok,” ujar beliau.

 

Sumber: Sinar Harian

 

SINAR Muzik Retro Terbaik