Seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang tular telah ditahan tugas dan sebanyak lapan kertas siasatan dibuka.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau memaklumkan dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berhubung isu tersebut.
Advertisement
Dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.
Tambahnya, enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
“Proses mendengar percakapan daripada pegawai terbabit telah dilakukan oleh PDRM pada 18 Jun lalu.
“Sehubungan itu, pegawai tersebut dikenakan tindakan ditahan kerja sejak minggu lepas,” katanya.
Sumber: Kosmo Online