Foto: Facebook
Bulan September bakal menyajikan pelbagai fenomena cakerawala menarik untuk pencinta astronomi di seluruh dunia, termasuk gerhana bulan penuh serta jajaran planet yang jarang berlaku, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Advertisement
Menurut Pengarah Persatuan Astronomi Jeddah, Majed Abu Zahra, acara kemuncak adalah gerhana bulan penuh pada 7 September, yang boleh disaksikan di Arab Saudi, rantau Arab, Eropah, Asia, Afrika dan Australia.
Selain itu, gerhana matahari separa turut dijangka berlaku pada 21 September, namun ia tidak dapat dilihat di kawasan Arab.
Fenomena istimewa lain termasuk bayang-bayang bulan Zuhal, Titan, yang melintasi cakera planet pada 4 dan 20 September.
Bagi pemerhati langit waktu awal pagi, planet Zuhrah dan Musytari akan kelihatan bersinar di ufuk timur, manakala pada 19 September, bulan sabit membentuk segi tiga menarik bersama Zuhrah dan bintang Regulus.
Sumber: Astro AWANI