Penduduk tempatan di Sungai Besar dikejutkan dengan kejadian ruang udara disinari warna hijau.

Malah, ia juga tular di media sosial dan mansemalam berpunca lampu bot pukat cerut yang digunakan bagi menangkap ikan dan sotong.
Advertisement
Namun, teka-teki berkenaan kejadian itu akhirnya mendapat jawapan apabila Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor, Omar Abdul Rahman tampil membuat kenyataan.
Kejadian itu berpunca daripada lampu yang digunakan nelayan bagi menarik perhatian ikan dan sotong memasuki pukat tersebut.
“Lampu hijau pada bot itu kebiasaannya berfungsi untuk dipancarkan ke kawasan dasar laut. Keadaan itu mungkin menyebabkan sinarannya naik hingga menjadikan langit kelihatan hijau,” katanya.
Tambahnya, ia merupakan perkara biasa dan bukanlah fenonema luar jangka yang disebarkan orang ramai.
Beliau berharap orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia tidak membahayakan manusia.
“Kaedah itu hanya digunakan nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan laut,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online