Seorang penunggang motosikal cedera akibat dilanggar seorang pemandu di Lebuhraya Sprint pada Isnin.

Kejadian itu berlaku akibat seorang pemandu yang berang akan penunggang motosikal yang memukul cermin sisi kereta miliknya.
Advertisement
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah, pihaknya memaklumkan kejadian tersebut berlaku jam 8.30 pagi semasa penunggang motosikal menunggang di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.
Malah dia juga berkata kereta tersebut telah menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan secara tiba-tiba dan ia menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.
“Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.
“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya.
Tambahnya, penunggang motosikal mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan dia mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki.
Sumber: Sinar Harian