Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kurang Ajar! Lagu Berbaur Hasutan Dinyanyikan Kanak-kanak Israel

Lagu berbaur hasutan bertajuk 'kami akan memusnahkan semua orang di Gaza' telah disiarkan penyiar kebangsaan Israel, Kan News di platform X.

kurang ajar! lagu berbaur hasutan dinyanyikan kanak-kanak israel

Tindakan itu dilakukan sebagai sokongan untuk kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.

Advertisement

Sekumpulan enam kanak-kanak perempuan Yahudi menyanyikan lagi tersebut dengan berlatarbelakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza pada 7 Oktober lalu.

Malah, lagu dan video tersebut dicipta oleh 'pakar komunikasi krisis' Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communication.

Tambahnya, lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan untuk genosid.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik