Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kucing Ketiga Terkaya di Dunia Milik Taylor Swift Dengan Kekayaan RM426 juta

kucing ketiga terkaya di dunia milik taylor swift dengan kekayaan rm426 juta

Sama-sama popular dan kaya! Itulah yang boleh digambarkan kepada Olivia Benson seekor kucing baka Scottich Fold milik Taylor Swift ni. 

Advertisement

Olivia merupakan kucing ketiga terkaya di dunia dengan memliliki kekayaan RM426 juta. Kenyataan itu dipetik daripada New York Post menerusi maklumat yang diperoleh daripada All About Cats. 

Hasil itu diperoleh berdasarkan bayaran yang diterima melalui satu hantaran gambar di media sosial. 

kucing ketiga terkaya di dunia milik taylor swift dengan kekayaan rm426 juta

Bukan hanya menjadi haiwan peliharaan Taylor Swift, malah Olivia juga ada membintangi beberapa muzik video penyanyi itu iaitu Blank Space dan Me! Olivia juga pernah muncul dalam iklan Diet Coke kira-kira sembilan tahu yang lalu. 

Berdasarkan rekod sahih, haiwan yang menduduki tempat pertama paling kaya di dunia ialah anjing German Shepherd dengan nama Gunther VI. Ia dimiliki seorang individu dari Itali.

kucing ketiga terkaya di dunia milik taylor swift dengan kekayaan rm426 juta

Sumber : Sinar Harian 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik