Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kucing Awal Ashaari Kritikal, Lebih Enam Ekor Kucing Tampil Derma Darah Selamatkan Luna

kucing awal ashaari kritikal, lebih enam ekor kucing tampil derma darah selamatkan lunaFoto: Instagram

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari meluahkan rasa syukur apabila rayuannya untuk mendapatkan penderma darah bagi kucing kesayangannya, Luna, menerima sambutan luar biasa daripada komuniti pencinta haiwan.

Advertisement

Luna kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di St. Angel Animal Medical Center, Puchong selepas kehilangan darah yang banyak. Keadaan tersebut memerlukan pemindahan darah segera daripada kucing lain yang sesuai.

“Assalamualaikum wbt. Kucing kami, Luna dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Susulan rayuan itu, lebih enam ekor kucing telah dibawa oleh pemilik masing-masing ke pusat rawatan berkenaan dalam usaha menyelamatkan nyawa Luna. Awal turut menjelaskan bahawa semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya.

“Saya amat hargai keprihatinan semua. Hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai oleh pihak kami. Saya berada di hospital sekarang,” tambahnya.

Beliau turut menitipkan doa agar setiap individu yang membantu diberikan ganjaran setimpal oleh Allah SWT.

Di ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan sokongan moral dan turut mendoakan agar Luna segera sembuh, selain kagum dengan solidariti yang ditunjukkan oleh masyarakat.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik