Proses penyiasatan pembunuhan kanak-kanak Autisme, Zayn Rayyan memasuki hari ke-14, hari ini.

Memetik laporan Bernama, pihak polis masih berada di perkarangan Apartment Idaman, Damansara Damai dan keadaan sekitar masih kelihatan sunyi dan sepi.
Advertisement
Setakat 10.50 pagi, sepasukan anggota polis dilihat melakukan rondaan dan pantauan di sekeliling Apartment Idaman ini.
Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mencari bukti yang terkini untuk kes menyayat hati ini. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan ada keadilan buat keluarga mangsa.
Sumber: Bernama