Kes pempengaruh popular Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang berjumlah RM63,605 di Mahkamah Sesyen di sini berhubung tujuan infaq akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Hakim Azura Alwi mengarahkan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dibicarakan bersama kes yang mana Alif dengan isterinya didakwa atas 10 pertuduhan lain.
Advertisement
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin berkata, pihaknya memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama 10 pertuduhan lain yang dihadapi tertuduh mengikut Seksyen 61 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hari ini ditetapkan serahan dokumen, namun begitu pihak pendakwaan memohon untuk kes ini (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama,” kata Julaila.
Mendengar perkara itu, Mohd. Shahrullah Khan tidak membantah sekiranya kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dihadapi Aliff dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
“Sekiranya diizinkan, saya pohon satu tarikh awal ditetapkan di Mahkamah Shah Alam (untuk kes ini). Ini kerana pihak pembelaan ada membuat permohonan untuk pemulangan pasport sementara,” kata peguam itu.
Sumber: Kosmo Online