Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cubaan Loloskan Diri Gagal, Kereta Terjunam Dalam Tali Air

Seorang lelaki hadapi detik cemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam tali air di Kampung Alor Besar, Pendang, Kedah ketika polis mengarahkan supaya berhenti untuk diperiksa.

cubaan loloskan diri gagal, kereta terjunam dalam tali air

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah, pihaknya mengesahkan kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan beberapa anggota polis terjun ke dalam tali air bagi membantu mengeluarkan suspek dari keretanya.

Advertisement

“Suspek dilihat memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan. Susulan itu, sepasukan polis menghampiri kenderaan tersebut sebelum pemandunya bertindak memecut ke arah jalan besar menuju Kobah.

“Polis bertindak mengejar kereta tersebut sehingga memasuki kawasan mini tar di Kampung Alor Besar. Setibanya di simpang tiga mini tar, kereta suspek hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam tali air,” katanya.

Anggota polis bertindak pantas dengan mengejar suspek segera terjun ke dalam tali air dan membawanya keluar dari kenderaan untuk dibawa ke tebing ketika cuba meloloskan diri.

Tambahnya, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik