Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kereta Mewah Ditahan, 45 Kali Culas Bayar Tol

kereta mewah ditahan, 45 kali culas bayar tol

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tindakan sebuah kereta mewah yang culas membayar tol akhirnya membawa padah apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini pada Isnin.

Advertisement

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan mewah itu sudah 45 kali tidak membayar tol. 

Menerusi Twitter rasmi PROLINTAS AKLEH, kereta yang dipandu wanita tersebut mempunyai jumlah tunggakan RM275.65 yang telah dibayar serta merta di tempat kejadian. 

"Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.

"45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta," tulis laman Twitter tersebut. 

PROLINTAS AKLEH turut mengingatkan pemandu dan orang ramai agar jadikan ini sebagai iktibar.

"Jadikan ini ikhtibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral ni. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain. 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik