Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kereta Meletup, Apa Puncanya?

Banyak kes kebakaran melibatkan kenderaan yang sering berlaku di Malaysia dan ramai tidak tahu puncanya.

kereta meletup, apa puncanya?

Tahukah anda? Barangan seperti power bank, pemetik api dan minyak wangi antara barangan yang boleh menjadi punca kebakaran sesebuah kenderaan.

Advertisement

Menurut perkongsian di laman TikTok milik Pakwee888, ‘power bank’, pemetik api dan minyak wangi beralkohol antara barangan yang amat bahaya ditinggalkan dalam kenderaan.

“Peralatan pertama adalah power bank dan barang-barang yang mempunyai bateri. Kebiasaannya ramai yang memilih untuk meninggalkan barangan tersebut sama ada di atas ‘dashboard’ atau di kerusi.

kereta meletup, apa puncanya?

“Pemetik api dan barangan bergas seperti pembunuh nyamuk juga tidak boleh sewenangnya ditinggalkan kerana kereta yang dibiarkan dalam keadaan yang panas lebih berpotensi melibatkan kebakaran,” katanya.

Minyak wangi yang beralkohol yang sering ditinggalkan untuk dijadikan barangan lebihan juga tidak elok dibiarkan di dalam kereta.

“Apabila minyak wangi itu terkena sinaran matahari, bukan setakat botolnya pecah malah baunya juga akan berubah menjadi lain,” jelasnya.

Tambahnya, dia berharap orang ramai akan mengambil tahu barangan tersebut bagi mengelakkan kereta meletup jika barangan tersebut ditinggalkan dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik