Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Ingat Biasa… Rupanya Buang Angin Pada Waktu Malam Boleh Dedah Masalah Usus!

ramai ingat biasa… rupanya buang angin pada waktu malam boleh dedah masalah usus!

Foto Hiasan

Advertisement

Ramai orang anggap buang angin pada waktu malam itu perkara biasa. Siap bergurau pula,

“Angin keluar sebab badan tengah rehat.”

Hakikatnya, jika anda kerap buang angin setiap malam, ia bukan sekadar angin ia mungkin bahasa halus usus yang cuba memberitahu sesuatu tentang cara badan anda bekerja.

Ia terhasil apabila bakteria dalam usus memecahkan makanan yang tidak dihadam sepenuhnya. Ini sebenarnya berlaku sepanjang hari, perlahan-lahan. Tetapi apabila ia menjadi lebih aktif pada waktu malam, itu tanda usus bekerja lebih kuat daripada biasa dan ada sebabnya.

Makan Terlalu Dekat Dengan Waktu Tidur

Inilah punca paling kerap berlaku. Apabila anda makan dan terus baring:

Makanan belum sempat hadam, ia bergerak cepat ke usus besar, bakteria mula memecahkan makanan itu terlalu awal  lalu menghasilkan gas berlebihan.

ramai ingat biasa… rupanya buang angin pada waktu malam boleh dedah masalah usus!

Foto Hiasan

Minum Susu atau Minuman Manis Sebelum Tidur

Ramai tak sedar segelas teh ais atau susu panas sebelum tidur boleh jadi punca kuat buang angin. Minuman manis dan produk tenusu mudah ditapai oleh bakteria, menghasilkan lebih gas, perut kembung dan rasa tak selesa ketika baring. Walaupun nampak ringan, ia cukup membuatkan usus ‘aktif’ waktu malam.

Tekanan atau Stres Sepanjang Hari

Usus adalah organ yang sangat sensitif pada hormon stres. Bila anda stres sepanjang hari, usus melambatkan pencernaan. Tetapi bila anda tidur, badan mula relaks dan usus mula ‘mengejar kerja tertinggal’. Hasilnya, bunyi perut, angin keluar berulang dan rasa tak sedap badan.

Buang angin itu normal. Tetapi jika ia sangat berbau, berlaku hampir setiap malam, disertai cirit-birit, sakit perut atau rasa tidak selesa selepas makan, itu boleh menjadi tanda usus tidak seimbang, intoleransi makanan atau sensitiviti laktosa.

Kerap buang angin waktu malam bukanlah penyakit. Ia adalah isyarat bahawa cara anda makan dan waktu tidur anda tidak selari dengan ritma usus.

Tubuh tidak bercakap dengan kata-kata…Ia menggunakan tanda-tanda halus seperti ini untuk beritahu apa yang berlaku di dalamnya. Dan jika anda mendengar, usus sebenarnya sedang membantu anda memahami diri sendiri.

Sumber: Public Health Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik