Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenapa Para Isteri Reda Bila Suami Nak Kahwin Lain? Ramai Netizen Kongsi Alasan Yang Tak Pernah Anda Terfikir

kenapa para isteri reda bila suami  nak kahwin lain? ramai netizen kongsi alasan yang tak pernah anda terfikirFoto janaan ChatGPT

Isu poligami kembali hangat bila ramai netizen mula bercakap tentang isteri yang membenarkan suami kahwin lain.

Advertisement

Dalam dunia hari ini, di mana hak wanita dan kebebasan diri semakin diberi perhatian, topik ni tetap kontroversi. Ada yang sokong, dan ada juga yang terkejut.

Di media sosial Threads, akaun @aziranatasha_ menimbulkan persoalan,

“Isteri yang benarkan suami kahwin lain, kenapa? I want to know your thought process.”

Komen-komen yang muncul pula bukan sekadar ‘palatau’ semata tetapi ianya lahir dari pengalaman kisah sebenar yang pernah terjadi dalam hidup mereka.

Salah satu yang menarik perhatian ialah daripada @zaihasra.razali,

“Me time. As i don’t like to please man too much. Bukan x cinta. Cuma x berapa suka rutin as a full housewife. Nak kena jaga timing makan, nak kena itu, nak kena ini. I x suka rigid house chores to pet him. Plus, i am an avid traveler.

“Selalu travel abroad, outstation, suka bawak anak2 balik rumah mak i 😆 suka lepak dgn kawan. So, dia boleh kahwin lain. As long dia tahu limitations and responsibilities. lagipun i dah ada segalanya.”

Bagi wanita tersebut, ianya bukan sekadar soal cinta tidak mencukupi, tapi lebih kepada soal kebebasan dan ruang diri sendiri. Terkadang, itu yang buat seseorang isteri boleh reda dengan keputusan suami.

Seorang pengguna lain, @sweetdaddymy, berkongsi pengalaman isteri kawan,

“Sejak berkahwin dan mempunyai anak, naluri keibuan dia semakin tinggi berbanding sebagai isteri. Suami dia tu rasa terabai. Pelbagai solusi dah cuba tapi mindset dia tak boleh tukar. Akhirnya demi masa depan anak, dia benarkan suami kahwin lain. Suami bergilir rumah tanpa sebarang sengketa, dan si isteri letak syarat supaya ada jarak bagi kedua-dua keluarga.”

Ada juga pandangan berlandaskan agama daripada @makcik.flora90,

“Sebab suami mampu dan ingin berpoligami... mana-mana pon boleh.. asalkan tidak melanggar syariat Islam. Tapi yang paling penting jujur dan tidak menipu. Berpoligami jika mampu tidak berdosa, tapi menipu isteri itu yang berdosa.”

Yang paling mengejutkan, ada yang menganggap poligami boleh mendatangkan ketenangan. @eiym4n menulis,

“Kawan sy as a first wife die cakap, lepas suami die kawin sorg lgi die lgi tenang dan tk berfikir sgt, lebih focus pada anak2, tapi suami pulak makin beria ambik hati dia walaupun da kawin lain, madu pun buat baik siap belikan rantai emas😆 duit blanje pun dpt lebih mybe suami makin senang hati🤣 sblum tu slalu bergaduh sbb suami suka tipu psal takut kantoi..ape2 pun pilihan masing2 la kan klu mampu ape salah nya, janji hidup tk stress.”

Dan paling unik, ada netizen yang siap carikan calon isteri kedua untuk suami sendiri, @nurulsuhaidi menulis:

“Serious candidates only hehe dm me if interested and understand what it takes to be second wife... Calon bawah 30, practicing Muslim, dengan izin isteri pertama, proper taaruf.”

Isu ini jelas menunjukkan bahawa poligami bukan sekadar soal kemampuan suami atau hukum agama semata-mata.

Ia juga soal persefahaman, kejujuran, dan kebahagiaan keluarga. Bagi sesetengah orang, mungkin mereka merasakan ini merupakan salah satu versi untuk berdamai dengan hidup agar paling tenang.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik