Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenapa Malaysia Catat Korban Banjir Paling Rendah Berbanding Indonesia & Thailand?

kenapa malaysia catat korban banjir paling rendah berbanding indonesia & thailand?Foto: Sinar Harian

Walaupun Malaysia, Indonesia dan Thailand sama-sama dilanda banjir besar pada awal Disember 2025, angka korban jiwa menunjukkan jurang yang sangat ketara.

Advertisement

Data terkini setakat 3 Disember 2025 merekodkan:

•⁠  ⁠Indonesia: 753 kematian

•⁠  ⁠Thailand: 185 kematian

•⁠  ⁠Malaysia: hanya 3 kematian

Perbezaan besar ini menimbulkan persoalan: apa yang membuat Malaysia lebih bersedia menghadapi bencana banjir?

Pengalaman Panjang Menangani Banjir Jadi Kekuatan Utama

Malaysia sudah berhadapan dengan bencana banjir sejak tahun 1886, menjadikan isu ini antara tumpuan utama kerajaan dalam aspek mitigasi dan pengurusan risiko.

Pada tahun 2025 sahaja, kerajaan memperuntukkan ratusan juta ringgit khusus untuk persiapan banjir, antaranya:

•⁠  ⁠RM600 juta kepada NADMA

•⁠  ⁠RM250 juta bagi kerja pengukuhan dan perbaikan lereng

•⁠  ⁠RM150 juta untuk pengurusan sistem saliran oleh PBT & JPS

•⁠  ⁠RM50 juta untuk pembersihan dan penyelenggaraan saluran air

•⁠  ⁠RM20 juta melalui yayasan kerajaan untuk bantuan kecemasan

Pelaburan berterusan inilah yang menyumbang kepada keupayaan Malaysia mengurangkan impak banjir, termasuk jumlah korban jiwa.

Gerak Cepat Sebelum Bencana Memuncak

Salah satu faktor paling kritikal adalah respons awal yang dilakukan pihak berkuasa Malaysia. Sebelum air naik ke tahap berbahaya, NADMA bersama:

•⁠  ⁠Pasukan Pertahanan Awam

•⁠  ⁠Polis Diraja Malaysia

•⁠  ⁠Jabatan Bomba & Penyelamat

•⁠  ⁠Pihak berkuasa tempatan

Menurut info yang diperoleh, mereka telah memindahkan lebih 30,000 penduduk dari kawasan berisiko.

Langkah awal ini sangat penting, penduduk dipindahkan sebelum keadaan menjadi kritikal, mengelakkan insiden terperangkap yang sering menyebabkan angka korban meningkat di negara lain.

Selain itu, puluhan pam kekal serta pam mudah alih tambahan diaktifkan bagi mempercepat aliran air keluar, membantu mengurangkan tempoh banjir bertahan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Muslimvox (@muslimvox)

 

Infrastruktur Moden: Terowong SMART Jadi ‘Penyelamat’

Malaysia juga lebih ke hadapan dari segi infrastruktur pengurusan air. Antara yang paling berkesan ialah Terowong SMART, satu-satunya terowong di dunia yang mempunyai dua fungsi:

•⁠  ⁠Jalan raya ketika cuaca normal

•⁠  ⁠Saluran air gergasi ketika hujan ekstrem atau banjir

Apabila sungai menunjukkan tanda melimpah, keseluruhan terowong ditukar menjadi kanal raksasa untuk menyalurkan air ke kawasan selamat.

Ini bukan sahaja mengurangkan risiko banjir kilat di pusat bandar, tetapi juga mempercepat proses surut keseluruhan sistem sungai.

Banjir Surut Cepat, Warga Dapat Kembali ke Rumah

Jumlah mangsa banjir di Malaysia kini menurun kepada sekitar *2,000 orang, berbanding lebih 30,000 ketika fasa kritikal.

Banyak kawasan sudah kembali pulih lebih awal berbanding negara jiran akibat:

•⁠  ⁠Tindak balas awal

•⁠  ⁠Sistem saliran lebih baik

•⁠  ⁠Infrastruktur mitigasi yang berfungsi

•⁠  ⁠Koordinasi agensi yang cepat dan teratur

Hasilnya, ramai penduduk sudah boleh pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan proses pembersihan dan pemulihan.

Pelaburan & Persiapan Bertahun-Tahun Tidak Sia-Sia

Malaysia bukan sempurna dalam menghadapi banjir, tetapi rekod korban paling rendah berbanding Indonesia dan Thailand menunjukkan:

1.⁠ ⁠Mitigasi jangka panjang berkesan

2.⁠ ⁠Agensi bertindak cepat sebelum air naik

3.⁠ ⁠Infrastruktur moden membantu mengawal aliran air

4.⁠ ⁠Pindah awal menyelamatkan nyawa

Bencana mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi langkah persediaan yang kukuh terbukti mampu mengurangkan kehilangan nyawa secara signifikan.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik