Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Chef Seluruh Dunia Takut Pada ‘Pembuat Tayar’ Ini, Punca Sebenar Buat Ramai Terkejut!

chef seluruh dunia takut pada ‘pembuat tayar’ ini, punca sebenar buat ramai terkejut!

Hari ini, bila orang menyebut Michelin Star, kita terus terbayang restoran mewah, chef bertaraf dunia dan hidangan yang begitu sempurna hingga layak dianggap seni. Namun ramai masih pelik kenapa syarikat pembuat tayar  boleh menjadi penentu taraf makanan paling berprestij di dunia?

Advertisement

Sebenarnya, kisah ini bermula lebih daripada 100 tahun lalu dan ia jauh lebih menarik daripada yang kita sangka.

Pada tahun 1900, syarikat tayar Michelin di Perancis sedang mencari cara untuk membuat orang memandu lebih jauh. Lagi jauh orang memandu, lagi cepat tayar haus  dan lagi banyak tayar mereka jual!

Jadi mereka mencipta Michelin Guide, sebuah buku kecil merah berisi:

  • Peta jalan
  • Cara menukar tayar
  • Lokasi bengkel
  • Hotel dan restoran di sepanjang laluan

Idea asalnya sangat mudah:

Bantu orang berjalan jauh… supaya tayar mereka cepat habis.

Namun, semakin ramai pemandu menggunakan buku itu untuk mencari makanan sedap semasa perjalanan. Sambil memandu ke luar kota, mereka berharap dapat singgah di restoran yang dicadangkan.

Melihat potensi besar, Michelin mula menghantar inspektor rahsia untuk menilai restoran dan semuanya dilakukan  tanpa bayaran, tanpa tajaan juga tanpa kompromi.

Pada tahun 1926, Michelin memperkenalkan sistem yang kini terkenal:

⭐ -  Masakan yang sangat baik

⭐⭐ -  Layak menyimpang daripada laluan untuk mencuba

⭐⭐⭐ - Luar biasa hingga sanggup merancang perjalanan semata-mata untuk menikmatinya

chef seluruh dunia takut pada ‘pembuat tayar’ ini, punca sebenar buat ramai terkejut!

Foto: Michelin Guide

Walaupun mereka pembuat tayar, reputasi mereka dalam dunia makanan menjadi kukuh kerana mereka bebas dan tidak boleh dibeli, restoran tidak boleh membayar untuk mendapatkan bintang, inspektor rahsia makan seperti pelanggan biasa tanpa memperkenalkan diri dan tahap piawai yang konsisten di seluruh dunia.

Tanpa niat asal, Michelin akhirnya menjadi institusi makanan paling berprestij, mengatasi kritikus makanan tradisional. Di mana saja bintang Michelin muncul, pelancong, chef dan industri restoran akan berubah total.

Yang lebih lucu maskot mereka, Bibendum  (lelaki gemuk putih daripada tayar), sekarang menjadi simbol dunia kulinari elit.

Siapa sangka syarikat tayar yang hanya mahu orang memandu lebih jauh akhirnya menjadi pengadil makanan paling berkuasa di dunia?

Daripada bengkel tayar, Michelin kini menentukan nasib chef berbintang dan kisah ini membuktikan bahawa idea biasa boleh meletup menjadi fenomena global apabila digerakkan dengan visi dan konsistensi.

Sumber: Michelin Guide 

SINAR Muzik Retro Terbaik