Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kemusnahan Teruk Di Gaza, Dana AS$15 Bilion Diperlukan Untuk Bina Semula Rumah

Serangan Israel ke atas Palestin telah menyebabkan ribuan yang terkorban dan kemusnahan teruk.

kemusnahan teruk di gaza, dana as$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah

Sekurang-kurangnya AS$15 bilion diperlukan untuk membina semula rumah di Gaza susulan skala kemusnahan oleh serangan Zionis Israel.

Advertisement

Menurut Pengerusi dana pelaburan Palestin, Mohammed Mustafa, pihaknya memaklumkan laporan antarabangsa menunjukkan 350,000 unit rumah di Gaza rosak sepenuhnya atau sebahagiannya.

Beliau mengandaikan 150,000 unit rumah perlu dibina semula pada kos purata AS$100,000 setiap unit yang menelan belanja keseluruhan AS$15 bilion untuk bahagian perumahan di Gaza.

Namun, beliau juga mengatakan jumlah itu tidak termasuk dengan infrastruktur, hospital, grid kuasa dan sebagainya.

Angka itu menunjukkan kos pembinaan semula jauh lebih kecil berbanding pembangunan semula Gaza dalam konflik sebelum ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik