Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Tak Sangka Kemalangan Berdekatan Tempat Kerja Ragut Nyawa Isteri

Seorang lelaki tidak sangka bunyi dentuman akibat kemalangan jalan raya tidak jauh dari tempatnya bekerja telah meragut nyawa isterinya.

suami tak sangka kemalangan berdekatan tempat kerja ragut nyawa isteri

Menurut luahan Mohamad Firdaus Roslan, dia meneruskan kerja seperti biasa kerana tidak tahu siapa mangsanya ketika mendengar dentuman kuat tersebut.

Advertisement

"Namun tak lama kemudian, ada remaja lelaki datang memberitahu mangsa kemalangan itu adalah isteri dan kakak ipar.

"Macam nak luruh jantung apabila dapat tahu. Saya bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku," katanya.

Mangsa, Nur Syafiqah Abdullah yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama kakaknya, Nooraliza dilanggar kereta merupakan isteri kepada Firdaus.

Nur Syafiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan di badan.

Kereta yang melanggar isterinya itu dipandu remaja berusia 14 tahun dan mereka tidak sepatutnya membenarkan remaja bawah umur memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan nyawa isteri melayang.

"Biar semua urusan selesai dulu baru saya akan fikir tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

"Setakat ini, tiada seorang pun ahli keluarga remaja itu datang memohon maaf kepada kami," katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik