Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kelewatan Maklumkan Waris Pelajar Jatuh Asrama Kerana Utamakan Keselamatan – KPM

kelewatan maklumkan waris pelajar jatuh asrama kerana utamakan keselamatan – kpm

Foto: Astro AWANI

Advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa tindakan pihak sekolah di Sabak Bernam yang menghantar seorang pelajar ke hospital sebelum memaklumkan kepada waris adalah demi memastikan keselamatan mangsa didahulukan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, dalam situasi kecemasan, pihak sekolah membuat keputusan untuk memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar Tingkatan Tiga tersebut sebelum mengambil tindakan lain.

“Memang benar, bapa pelajar dimaklumkan selepas anaknya dihantar ke hospital. Dalam situasi kecemasan, keutamaan adalah untuk menyelamatkan pelajar terlebih dahulu.

Saya percaya guru bertindak berdasarkan pertimbangan terbaik. Bila pelajar sudah berada di hospital dan selamat, barulah tindakan susulan diambil.

“Bagi sesetengah pihak, mungkin tindakan itu dianggap lewat. Namun dari sudut lain, ia adalah keputusan yang bijak kerana keselamatan pelajar menjadi keutamaan,” jelas beliau dalam satu sidang media khas di ibu pejabat KPM pada petang Selasa.

Sidang media ini diadakan berikutan kejadian yang berlaku awal pagi hari yang sama, di mana seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Selangor. Mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Dr Mohd Azam turut berkongsi bahawa beliau sempat berbicara dengan bapa pelajar tersebut ketika melawat di hospital, dan si bapa difahamkan berterima kasih kerana pihak sekolah memberi fokus kepada keselamatan anaknya terlebih dahulu.

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil pihak sekolah adalah sejajar dengan garis panduan Sekolah Selamat yang ditetapkan oleh KPM.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP), semua lampu di asrama akan ditutup sekitar jam 10 malam, dan tiada sebarang aktiviti dibenarkan selepas waktu itu kecuali jika ia dianjurkan secara rasmi oleh pihak sekolah atau asrama serta diawasi oleh guru.

“Sebarang aktiviti pada waktu malam mesti melibatkan guru. Biasanya pada jam 11.30 malam, semua lampu sudah dipadam. Murid akan dikejutkan semula sekitar 5.30 atau 5.45 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh,” katanya lagi.

Dr Mohd Azam juga memaklumkan bahawa pihak kementerian masih belum dapat mengesahkan sama ada asrama berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Bagi pihak KPM, beliau turut menyatakan rasa dukacita terhadap insiden yang menimpa pelajar tersebut.

Sumber: Harian Metro

SINAR Muzik Retro Terbaik