Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kediaman Musnah! Pembinaan Semula Gaza ‘Makan’ Masa Lama

Serangan Israel bertubi-tubi selama hampir tujuh bulan ke atas Semenanjung Gaza telah menyebabkan pelbagai kerosakan berlaku termasuklah infrastruktur bangunan dan kediaman.

kediaman musnah! pembinaan semula gaza ‘makan’ masa lama

Malah, pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.

Advertisement

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pihaknya menganggarkan proses itu mungkin berlanjutan selama beberapa dekad.

Lebih 80,000 kediaman musnah setakat ini dan kebanyakan mereka tiada tempat tinggal di tanah air sendiri.

Laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) menganggarkan penduduk Palestin memerlukan tempoh sehingga 80 tahun untuk memulihkan semua kediaman yang musnah dalam konflik ini.

Laporan berasingan juga mendedahkan berdasarkan imej satelit yang dianalisis, 85.8 peratus sekolah di Gaza musnah.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik