Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kecoh Isu Sambut ‘Raya Awal’, Umat Islam Di Malaysia Mohon Bersabar

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isu ‘raya awal’ menjadi bualan rakyat Malaysia.

Namun, umat Islam di Malaysia tidak perlu risau kerana ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Advertisement

kecoh isu sambut ‘raya awal’, umat islam di malaysia mohon bersabar

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwa Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, beliau akan membincangkan isu berkenaan di peringkat jawatankuasa bagi mengelak kejadian tahun lalu berulang.

Tambahnya, beliau tidak mengulas lanjut bila mesyuarat bersama jawatankuasa itu akan diadakan.

“Seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya umat Islam tidak terkejut.

kecoh isu sambut ‘raya awal’, umat islam di malaysia mohon bersabar

“Itu hasrat (elak raya terkejut) kita semua. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan pra-matang sebaliknya menyerahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

“Kita tahu bahawa kuasa mengumumkan tarikh hari raya terletak di bawah oleh PMBRR selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya bersabar dan tidak mempercayai berita yang tidak sahih.

“Jadi saya rasa kita kena tunggulah di pihak kita, pastinya nak elak benda itu. Bagaimanapun, ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan penerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’.

“Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan untuk memudahkan rakyat jika situasi itu berlaku kelak,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik