Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kantoi ‘Tapau’ Makanan Bufet, Keluarga Berang Ditegur Staf Restoran

Sebuah keluarga di Vietnam tular di media sosial apabila mereka bertengkar dengan kakitangan sebuah restoran bufet kerana membawa pulang makanan laut yang dihidangkan di bufet.

kantoi ‘tapau’ makanan bufet, keluarga berang ditegur staf restoran

Dalam video itu, keluarga yang terdiri daripada seorang wanita pertengahan umur, sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak

Advertisement

Insiden itu dikesan kakitangan tersebut apabila mereka berani memasukkan makanan laut ke dalam dua beg plastik yang dibawa bersama.

Kakitangan tersebut terus memaklumkan kepada keluarga itu tentang peraturan makanan bufet yang tidak boleh dibawa keluar.

Namun, mereka memberikan alasan yang cucunya tidak boleh makan apa-apa makanan dan ia perlu dibawa balik untuk dimasak. 

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap insiden tersebut yang berlaku di restoran buffet dan ia tidak sepatutnya terjadi.

“Manusia jenis apakah yang mempunyai pemikiran sedemikian? Okay, teruskan dan langgar peraturan,” komen seorang netizen.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik