Kanak-kanak warga Palestin dilihat berkumpul di Hospital Al-Shifa, Gaza untuk melukis bersama-sama.

Biarpun, serangan berlaku di sekeliling mereka dan pesawat lalu-lalang tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka untuk menjalani rutin harian mereka.
Advertisement
Menurut perkongsian di laman Instagram milik @motaz_azaiza, dia yang juga seorang wartawan berkongsi video memaparkan sejumlah kanak-kanak melukis menggunakan warna air.
Video berdurasi 25 saat itu juga dapat dilihat mereka masih berlindung di pekarangan hospital itu.
Pelbagai reaksi yang warganet luahkan terhadap video ini dan ramai juga sebak melihat mereka kuat menghadapi ujian berat ini.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di bumi Palestin.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal